Saturday, February 25, 2017

PATIENCE

SABAR..

Selalu orang kata dia dah cuba untuk sabar and end up mengamuk..
Ada orang tidak cuba sabar langsung dan akan terus melenting dan pengakhirannya, malu kerana dia salah

Sabar adalah sebahagian dari iman.
Saya pun, selalu sahaja tidak bersabar dan marah-marah, dan saya sendiri akan berasa malu. Sebab saya kalah. Kalah dalam mengawal amarah. Bila saya lihat orang lain marah-marah, bersuara untuk keadilan tanpa menapis bicara, saya hanya melihat. Saya tidak tahu bagaimana untuk respon.

Setiap hari, saya cuba mengajar diri saya untuk bersabar, bersangka baik dan bermuhasabah. Manusia tidak lari dalam membuat kesilapan. Dan setiap kali membuat kesilapan itulah perlu kesedaran dan reflect diri sendiri untuk insaf dan sedaya upaya untuk tidak mengulanginya.

Manusia itu tidak sempurna, tetapi tidak kesempurnaan itu tidak bermakna token untuk kita membuat dosa berterusan. Improve diri. Ubah diri ke arah kebaikan. Berbahagia di dunia dengan melakukan amal soleh dan amal kebajikan dan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Belajar untuk sabar. Dan terus bersabar. Rasa nikmat itu.

There are lot of things happened in a few weeks ago. Akhirnya saya keluar band, no more istilah colorguard. dan saya bahagia begini.

No comments:

Post a Comment